"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 18 September 2012

Selamat Hari Lahir Ke-6 Buat Twin (Khalisah & Khairina)

16.03.2012 (Jumaat)
Buat twin Mama :

* Semoga menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, & negara di masa hadapan kelak.
* Semoga setiap langkahmu diiringi rahmat dan perlindungan dari Allah.
* Semoga menjadi anak yang solehah...
* Doa Mama Ayah yang terbaik sahaja buat anak² tersayang....

Selamat Hari Lahir yang Ke-6... Tahun depan boleh pergi sekolah Along ye...
Khalisah Batrisyia: Jangan malas² belajar tau... Jangan garang sangat dengan adik²...
Khairina Basirah : Jangan manja sangat... Jangan malu² sangat ye....



Khalisah releks aja... Khairina tak semena² menangis lak...
Masa raya cina hari tu Mama beli 'bucket" yang ada angpau... so 'besday' ni Mama guna 'angpau' ni la beli...
Anak² mama memang minat sangat makan KFC. Lebih² lagi Cheezy Wedges. Sampai dijilat²nya keju kat kertas tu. Aduhai anak...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥