"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

RESEPI : Roti Goreng Telur

Pagi Sabtu nan indah hari ini Kami sekeluarga bersarapan dengan roti telur version Mama Comel ni je. Memang menjadi kegemaran anak² pun. Asal Mama cuti je, awal² pagi lagi dah mengadu lapar. Roti Memang Ninie dah standby awal² kalau tahu esok hari cuti. Lagi pula ringkas dan cepat.
Bahan²nya :

Roti - bagi resepi ni Ninie gunakan 10keping
(Ikut kesukaan masing² jenama apa pun)

4biji telur gred C
Sedikit serbuk perasa dan garam
Mentega / Marjerin untuk menggoreng.

Cara²nya :
Roti dipotong kepada 4bahagian (Ikut suka anda)
Pecahkan telur dan gaulkan bersama serbuk perasa serta garam menggunakan garpu hingga rata/sebati.
Celupkan roti ke dalam telur dan gorengkan dengan mentega/marjerin menggunakan api yang kecil/sederhana sahaja. balik²kan ye biar rata masaknya.

* Nota : Marjerin tu letak sikit.... je. Maksudnya asal nak goreng kepingan lain baru letak lagi...Tidak le berminyak roti tu...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥