"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 18 September 2012

Pusing² di Pekan Bandar Di Raja, Pahang

Aktiviti kami sekeluarga selepas pulang dari menziarahi kubur di Kg. Ganchong, Pekan, Pahang.... Hubby bawa kami sekeluarga pusing²/jalan² di Bandar Pekan, Pahang.

Walaupun sekadar bergambar, tapi seronok bila melihat anak² juga seronok... Sekitar gambar kami sekeluarga di sini... :

-Di hadapan Istana Abu Bakar-






Kesemua gambar di atas tidak terdapat gambar Adik disebabkan Adik sedang tidur di bonet kereta...
Gambar yang di bawah ini pula semasa pada mulanya kami sekeluarga yang teragak² untuk bergambar dengan keretapi yang dapat dilihat dari jalan raya. Berhenti sahaja di pintu pagar, pintu pagar hanya terbuka 1/4 sahaja. Mula² suruh si Twin Mama pergi dahulu, manalah tahu kan... kut² ada yang menjaganya dan marah jika kami masuk untuk bergambar. Dicari² papan tanda dilarang masuk, tiada pun... walaupun dalam teragak², kami masuk juga. Adik yang masih tidur juga dikejutkan. Karang mengamuk pula si kecil tu bila lihat gambarnya tak ada. Muka si Adik bukan main ceria bila melihat keretapi.

Pada asalnya hanya keluarga kami sahaja yang bergambar di sini. Tak lama kemudian beberapa keluarga lain yang mungkin juga mengambil kesempatan bersiar² di Bandar Pekan ini turut serta mengambil gambar di keretapi ini.










Ada tragedi pada gambar dibawah ini. Oleh kerana hari ini Along terlalu excited, ditegur pun sibuk nak meneroka itu ini di keretapi, masa bergambar di sini, kepala Along terhantuk pada no plate keretapi tersebut. Kurang berhati²... Benjolnya bukan main besar... Cuma tak berdarah sahaja. Kesian Along... Lain kali... beringat ye sayang...

Ha... Gambar yang kat bawah ni pula Hubby pusing semula ke tempat yang sama disebabkan Kakak² menceritakan kepada Adik yang mereka bergambar di sana tadi, sedangkan Adik masih tidur. Merengeklah si Adik... Hubby pusing semula sebab nak melayan karenah si Adik bergambar la...


Ok, selesai sudah di sini, kemana pula? Jom ke Muzium Pekan... Tapi Muziumnya masih tutup ye... Seladar bergambar di perkarangan luar Muzium sahaja.. Layan..












Dah puas bergambar. Kami bergerak pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan, Hubby berhenti di persisiran pantai kejap... Pantai apa pun tak tahulah... tapi sepanjang² Pantai Sepat rasanya....





Nota Mama : Seronok... Tapi penatnya...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥