"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 18 September 2012

Plaza Low Yat, Kuala Lumpur



28.05.2012 Isnin

Bermulanya cuti sekolah buat anak² tersayang dan juga En. Hubby. Wah... seronoknya lah kan... Mama? Urm... kerjalah... tiada cuti kecuali cuti Sabtu, Ahad dan juga cuti umum. Nak cuti juga? Boleh je... Isi boranglah...

Hari ni perancangannya nak ke Kuala Lumpur. Tiada tujuan nak makan angin pun. Tapi nak mencari peralatan Komputer En. Hubby... Senarai @ 'Check List' barang dan harga telahpun dibuat oleh Hubby setelah survey secara online... Anak² Mama Ayah tersayang sila jadi anak² yang baik sepanjang berada di rumah Atok Nenek ye...

So tujuan utama adalah ke LOW YAT, Kuala Lumpur. Kami bertolak agak lewat... Sampai Low Yat pun dah pukul 2.30pm... Lepas letak kereta (ambil masa nak cari 'parking' kosong. Ramai betul orang).Pergi dari satu kedai ke satu kedai, ambil sebutharga item... Nak buat perbandingan harga dan juga melihat² kedai mana yang mempunyai item yang ada dalam senarai En. hubby. Agak keletihan juga rupanya...

Hampir 10 helai kertas dalam tangan, Hubby ajak 'check in' sebab senang nak semak satu². Jom aja... huhu sebab Ninie dah tak larat nak jalan. Dalam pukul 5.00pm, kami check in hotel yang berdekatan. Bukan Federal tau... Cuma SKY HOTEL sahaja. Alhamdulillah ada kekosongan dengan rate RM 200. Apalagi... cepat nak 'landing' hilangkan lelah ni. wink3. Tapi nak 'parking' kereta agak rumit. Silap 'park', kang kena saman pulak.. Mujur ada 'jockey' dengan bayaran RM 10. Alhamdulillah....

Setelah berehat sebentar, dalam jam 6.30petang, kami ke Low yat semula dengan hanya berjalan kaki dari Hotel. Sebelum tu kita makan dulu. Baru sedar, hari ni tak makan nasi pun. Asyik mengunyah kacang dan makanan ringan sewaktu dalam perjalanan yang ambil masa hampir 4jam dari Lepar Utara, Pahang ke Kuala Lumpur ni.

Walaupun dalam senarai tu panjang, lebih kurang 13 item semuanya... petang/malam ni, Hubby cuma pilih beberapa item sahaja. Sambung esok pula katanya... Dalam jam 10.30 malam, masuk bilik semula sambil menyemak senarai harga berdasarkan sebutharga yang telah diambil.

Dalam pukul 2.00pagi, perut kami masing² lapar... mujur kedai mamak kat bawah hotel ni buka 24jam dan masakannya juga agak sedap berpatutan dengan harganya. Hubby ajak pergi turun makan. Agak gila. Makan jam 2.00pagi. Lama tak buat 'peel' macam ni... Kami order menu yang sama, Mee Goreng Mamak dan Milo ais. Lepas makan, jalan² sekejap cari 7eleven... nak cari air minum buat stok letak kat bilik. Dah jumpa, balik bilik, apalagi tidur la....


*******************************************************
29.05.2012 Selasa

Pencarian barang² komputer Hubby semalam masih belum selesai. Misi diteruskan untuk hari ini. Oh ya... Bangun pagi ni jenguk luar tingkap, wah... ramai peniaga yang menjual kuih di bawah sana rupanya. Memang mudah sungguh dari segi nak cari makanan ni.

Kami 'check out' jam 12.00 tengahari. Di Lobi, rupanya ramai yang menunggu nak 'check in'. Alhamdulillah... tidur kami nyenyak dengan katil yang bersaiz KING. Kalau bawa anak² memang mereka seronok. Kata Hubby, Insya'Allah... nanti bawa anak² pula... kadar bayaran pun berbaloi. Pengawal keselamatan pun 'so friendly'. Senang hati kita dibuatnya.



Ok... Jom... Kami bergerak ke Low Yat semula kali ini menaiki kereta. Cari 'park' kemudian cari barang sekejap. Perut Ninie mula kelaparan.Mengadu pada Hubby... Hubby ajak pergi makan dulu. Makan di kedai mamak yang sama itu lagi. Tapi kali ni makan nasi berlauk untuk tengahari. Alhamdulillah kekenyangan dengan harga yang sungguh berpatutan. Almaklumlah... Kuala Lumpur, masih dapat harga murah. Kami berdua makan baru sahaja RM 14.50 termasuklah air.

Lepas makan, gerak semula ke Low Yat... sambung cari barang. Alhamdulillah... Kesemua barang yang tersenarai dapat dibeli kecuali 1 item sahaja. Kata Hubby, beli online sahaja....

Keluar dari bangunan Low Yat, hari dah pun petang... masih ada satu lagi destinasi yang nak dituju.... Bandar Baru Hicom, Shah Alam. Walaupun tak tahu tempat... Alhamdulillah penggunaan GARMIN Hubby teramatlah membantu. Apa pula kali ni?... Wink3... nak beli mesin jahit buat Ninie. Brothers NV 950. Dapat harga less deperti yang telah diiklankan dalam surat khabar... RM 3999 cuma RM 1999. Promosi sehingga 25.05.12 sahaja. Tapi Alhamdulillah, supplier ni ambil lebih dan boleh bagi kami harga promosi. Jom kita ke Shah Alam pula.

Kami sampai di destinasi lebih kurang jam 6.25petang berikutan jalan yang begitu sesak di Kuala Lumpur. En. Kamani sudahpun sedia menanti kehadiran kami. En. Kamani merupakan seorang 'supplier' mesin jahit...Anda boleh melihat iklannya di mudah.my

Gambar dibawah, En. Kamani menunjukkan asas² penggunaan mesin jahit BROTHER NV950


Jam 7.00petang, kami bertolak pulang ke rumah. Wa.... letihnya hari ni... Tak sabar nak jumpa bantal busuk, nak tidur....

Next Entry : *Update
Item yang kami cari di LOW YAT (Pengalaman Bermakna/berharga) @ KLIK SINI
Mesin Jahit BROTHER NV950 @ KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥