"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Mekarnya Hanya Di Tengah Malam...


Bunga/Pokok Apa Ni Ye....(Gambar Bawah... Bukan yang Atas ni ye...)
Coba teka.....wink3
Sekali pandang macam pokok NagaDua Kali pandang macam pokok kaktus....Tiga kali pandang?.....

POKOK BAKAWALI.....Salah satu Bunga yang berbau Wangi...Kuntuman Bunga yang mekar hanya sekali apabila tiba tengah malam. Selalunya Mekar berkembang penuh bila jam dah cecah 12.00 pagi (tengah malam). Bila dah mekar/ berkembang, bunga ini mengeluarkan bau yang wangi.



Ini Pokok Bakawali yang dirumah Ninie


Ini Pokok Bakawali yang dirumah Mak Mertua ku... Asal pokok ni dari rumah Kami juga. Tapi Pokok yang ini dah kerap sangat berbunganya... tengok tu kudup bunganya... banyak kan....


Kudup2 bunga BAKAWALI

*********************************************

Minggu baru2 ni 09072011 , Kami sekeluarga pulang ke Kuantan, Tapi Keluarga Mertua takde... Pergi jejalan makan angin di LANGKAWI......

Cerita pasal pokok bunga BAKAWALI ni, Sebenarnya pokok yang di rumah Ninie baru pertama kali berbunga dan melihatkan kepada kudupnya, Hubby tahu yang bunga tersebut akan berkembang malam ni. Tapi takkan nak tunggu bunga berkembang baru nak gerak pulang ke Kuantan yang perjalanannya memakan masa hampir 3jam.... Bukan apa, Kami memang tak pernah tengok BUNGA BAKAWALI ni berkembang. Rumah MIL memang dah selalu mekar, tapi kami tiada untuk menyaksikannya.... Al Maklumlah.. Bunga ni hanya berkembang mekar apabila tengah malam sahaja.

Mungkin dah jadi rezeki kami, setibanya di rumah MIL (Family Hubby). 1st yang Hubby nampak ialah BUNGA BAKAWALI yang sedang mekar berkembang... walaupun hanya sekuntum... tapi kami memang teruja betul. Betul... Bunga ni mengeluarkan bau yang wangi...

Hubbyku sayang... telek apa tu?
Bunga ni kembangnya tak lama.... semalaman aja... Sesudah Subuh, Bunganya sedikit2 beransur kuncup kembali....


Bunga BAKAWALI yang kian menguncup di pagi hari (7++pagi)


Sikit2 dia menguncup tutup kembali...



*****************************

Ok... Habis story Bunga BAKAWALI di rumah MIL... Cerita Bunga BAKAWALI di rumah sendiri pula.... Isnin 11/07/2011 - Lebih kurang jam 11.00 malam, Hubby ambil angin diluar rumah dan menjenguk2 pokok2 bunganya.... Ada lagi sepasu Bunga BAKAWALI yang nak berkembang...
Bunga BAKAWALI yang kian berkembang...

Kelopaknya terbuka sedikit demi sedikit

Waktu ni jam 11++ malam...

Aduhai, Cantiknya Bunga itu... Jam 12.00 tengah malam...Bunga ni Berkembang sepenuhnya...

Bila dah mekar/ berkembang penuh, saiz bunga ni hampir sebesar tapak tangan.


Ha kat belakang tu 'puteri bunian' hu3. Ninie 'surf' mencari cerita di sebalik pokok Bunga BAKAWALI ni... takde info yang menarik sangat untuk dikongsikan... Atau.... Ada diantara anda yang tahu cerita pasal Bunga BAKAWALI ni? Kongsikanlah @ boleh tinggalkan link pautan untuk Ninie terjah

Pandangan Sisi

Bunga yang telah kuncup sepenuhnya bila siang hari.

Selepas 3hari

BUNGA BAKAWALI
Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae

Nama Tempatan: Bakawali
Nama Saintifik: Epiphyllum anguliger
Nama Lain: ric rac cactus,moon cactus, queen of the night
Famili: Cactaceae
Lokasi dijumpai: Tanaman hiasan
Asal: -
keterangan: -

Tumbuhan dari famili cactus ini Ia membiak melalui keratan batang.
kegunaan: Ada yang kata air dari kelopak bunga BAKAWALI ni boleh mengubati penyakit mata... (masih belum sahih ye...)

Kudup bunga BAKAWALI yang menanti malam untuk berkembang...

Nota Mama : Apapun. Bunga BAKAWALI ni Hubby yang tanam... Bukan Ninie. hu3. Tak sabar tunggu bunga2 yang bakal muncul seterusnya. Insya'Allah

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥