"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Mama Kejut Ihsan Sahur Tau. Saya Pun Nak Puasa Juga (Anak² Girl)


Amboi... Along bila tahu yang esok memang kompem start puasa, 2, 3 kali dipesannya suruh kejutkan sahur... siap warning lagi "Mama jangan lupa pulak tau.."

Hu3... teringat tahun lepas, ada gak 2,3 kali Mama tak sedar bunyi alarm handphone... tersedar je dah tinggal beberapa minit lagi nak habis waktu sahur. Sempat bancuh air milo aja. Mujurlah anak bujang sorang ni ok je... puasa takde masalah. Hubby pun senang juga. Kekadang malas bangun sahur, pesan nak minum air Milo aja. Fuh... mudah.... Ihsan je la yang kalau boleh nak makan waktu sahur. Mama pun setakat minum air je dah cukup.

"Mama... saya pun nak puasa jugak"... ujar anak2 dara kecil Mama. Macam paham je puasa tu apa.

Mama - Awak nak puasa (merujuk kepada anak2 girl kecil Mama yang 3 orang tu)
Anak - Nak...
Mama - Puasa tu apa
Anak - Cikgu cakap, kita kena puasa nanti nak raya.
Mama - Ooo kalau nak puasa, siang kita tak boleh makan, minum air, minum susu
Anak - Malam boleh?
Mama - Malam je baru boleh minum bila masuk waktu Maghrib.
Adik - Tapi saya tak nak makan cuma nak kopi aja (Kopi tu ialah susu coklat)
Mama - Mana boleh... semua tak boleh. Siang semua tak boleh, Malam je baru boleh.
Adik - Mana leh macam tu. Saya nak kopi juga
Mama - Oklah... boleh2 (malas nak bertekak dengan si kecil ni)
Khairina - Mama saya tak nak makan, minum, kopi... saya nak puasa
Khalisah - Mama, saya pun... nanti Mama tak bagi kita makanlah ye..
Mama - Ha,ah
Khairina - Mama sahur tu apa? tadi yang Along cakap tu
Mama - Sahur tu, kita tidur dulu nanti Mama kejut kita makanlah, minum sekali sebab kita nak puasa.
Khalisah - Ooo tadi Mama kata puasa tak boleh makan, minum...
Khairina - Ha,ah.. nape nak kena bangun makan ngan minum pulak?
Mama - Sahur tu belum siang lagi.. matahari tak keluar lagi, kita boleh makan dengan minum. Nanti bila matahari dah keluar, tak boleh makan dengan minum dah.
Khalisah - Ooo.. kat luar tu gelap lagi la macam masa Mama nak pegi 'work'?
Mama - Ye...

Tiada lagi soalan. Adik hanya memandang sambil tersenyum. Anak2... Masih banyak yang belum difahami si kecil bertiga ni. Banyak betul soalannya. Walaupun Mama dah jawab soalan2 tu, selalunya esok mesti disoalnya lagi. Tengok riak wajahpun tahu yang masing2 belum berapa nak faham apa yang dimaksudkan dengan puasa. Tapi kalau Hari Raya, faham sesangat dah. Sebabnya pakai baju & kasut baru. Kiranya cantiklah tu. Then pergi ziarah jiran dan sanak saudara. Memang faham sangat dah situasi tu.

Tak apa, belajar sikit². Lelama fahamlah tu...

Kepada Muslimin & Muslimat... Selamat Berpuasa Diucapkan... Semoga kita menjadi insan yang lebih bersyukur dengan segala pemberian dariNya dan menjadi Insan yang lebih bertaqwa dan kian hampir dengan Allah S.W.T

Nota Mama : Bermulalah saat berperang dengan mata untuk bangun sahur.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥