"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Kuantan : Makan² dan Jalan²

14/05/2011 - Sabtu

Minggu ni Kami sekeluarga pulang ke Bandar Kuantan rumah My MIL. Alhamdulillah... kesemuanya seronok apatah lagi dah hampir 3 bulan rasanya tak pulang ke Bandar ni. Anak² lah yang paling Happy. Petang nya Ayah bawa jalan² ke Taman Gelora belakang rumah. Mama? ish² layan tido sebab rasa tired sangat².

Jam 8.45malam, gerak ke The Store Kuantan Parade jap... Niat di hati nak ke NK Crystal cari item untuk buat gelang. Tapi x jadi masuk sebab kedai tu dah mula nak kemas² barang dah. Tak best la sebab tak boleh nak menelek² crystal dan segala loose item nanti... At last, Along je yang shopping DVD game PS2....

Pic Anak² girl kat The Store :



Lepas tu, kami memasing lapo. Along mulanya nak makan nasi lemak Simple di Benteng. Mama pula nak makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Al kisahnya, Kami pun gerak lah ke Tanjung Lumpur nak makan Ikan Bakarlah ni... Mama pilih tempat makan di " Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur " ... Alhamdulillah, parking mudah malam ni...

Akan tetapi, agak kecewa sidikit bilamana kami dah duduk hampir 15minit, tiada siapapun yang datang amik order, sudahnya Mama bangun pergi panggil. Then, bila nak pilih ikan pulak, matanya dah merah². pilihanpun xde sangat dah. Ikan yang tinggal x sampaipun 10ekor. Jam baru 10.30malam. Akhirnya, Mama ambil jugalah seekor ikan yang nampak cantik di mata Mama ni (buat bakar). Then seekor sotong yang agak besar saiznya(goreng tepung) dan 1kg Lala (Masak pedas).

Then, macam customer yang lain, kamipun menunggulah sementara makanan dan minuman yang diorder sampai. Tapi agak menjengkelkan juga kerana hampir 1jam baru minuman & juga makanan sampai. Itupun nasi kena minta sebab lauk pauk dah sampai, nasi pula yang tak sampai². Anak² muka muncung dah sebab jemu menunggu. Ini bukan kali pertama tapi dah kali kedua perkara begini berlaku dan di restoran yang sama.Aduhai... timbul rasa serik nak datang sini lagi dah.

" Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur " ni sekarang dah ada 3 buah dah di Tanjung Lumpur ni. Kalau lebih, Ninie tak tahulah pula. Kami makan di kedai yang paling hujung dekat dengan sebuah rumah. jika sebelum² ni, Kami makan di 1st kedai (mula² sekali dari Kuantan kedai 2 tingkat) Kat situ, Alhamdulillah layanan Ok, ikan pun segar, servis pun cepat. Satu lagi seberang jalan sebaris dengan Petronas, yang itu masih belum cuba,try,test. Selalunya ketiga² kedai ANA ni memang penuh dengan pelanggan. Sampai parking pun payah...

Urm... dah order, kami pun makanlah bagi habis semuanya. Tapi ikannya xsegar, hilang rasa manisnya. Lala pula, ada yang ok, ada yang dah rasa x sedap dah. Aduhai.. layankan aja. tak makan rugi, nak tak nak kena bayar... Tomyam, sedap bukan main... Sotong goreng tepung pun mavellous....Alhamdulillah, semua lauk habis..

Bukanlah Ninie nak memperlekehkan kedai " Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur " ni. Sebelum² ni, semuanya ok baik dari segi servis dan makanan. Tapi bila dah dua kali kena macam ni, kami rasa macam serik lagi lah nak datang makan kat sini. Mungkin secara kebetulan terkena pada family Ninie tidak pada yang lain...Layan pic :


-Apalah yang diadukan Adik ni-


-Kakak yang dah mengantuk. Mata pun dah merah-

-Khairina yang demam selesema+batuk kebosanan-

-Adik posing pulak dia-

-Along yang kian chubby-

-Lala masak pedas-

-Sotong goreng tepung-

-Ikan bakar-
12.30 malam/pagi, kami gerak ke Pantai Teluk Cempedak pula. Pergh... nak cari parking pun jem gile... memusing dan menunggu, akhirnya dapat juga kami park. Dah lama rasanya tak berkunjung kat sini. Pusing² kat bazar² yang ada (mostly dari Thailand katanya). Ada jugalah ter shopping tanpa dirancang. Parah betullah...

Lepas tu baru kami ke Pantai layan anak² main buih sabun (tiup belon)... Jam 1.35 pagi, kami pun pulang ke rumah...MIL dah pun tido bila pintu diketuk... wah... penatnya berjalan² ni... anak² malam ni x payah di suruh tido, cepat je masuk bilik & lelap sebab kepenatan.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥