"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Khairina Basirah Chicken Pox @Cengkering *UPDATE*

05.08.2011 - Jumaat

(Aduhai... entry ni tiada pic. Langsung tak teringat nak snap.hu3)

Lebih kurang jam 11.30pagi, Hubby sampai di ofiice Ninie dengan membawa anak bertuah Khairina yang diserang Chicken Pox. Tapi kali ini yang agak membimbangkan, mata sebelah kirinya terlalu merah. Maksud Ninie, kawasan mata putihnya berwarna merah keseluruhannya, mata hitamnya, hitamlah ye... Keadaan matanya memang membimbangkan... apatah lagi malam tadi Khairina asyik terjaga dari tidurnya dan mengadu matanya sakit sampai nak buka pun payah... Hari ni dah masuk hari ke 6 Khairina diserang Chicken Pox @ Cengkering. Luka2 dibadannya pun kelihatannya tak merebak lagi. Bintik pun mulai tumbuh di kaki. Maknanya Khairina sepatutnya kian beransur sembuh.

Pic Kredit to En Google... Keadaan mata Khairina lebih kurang begini tetapi lebih merah lagi. Ala2 macam ada selaput gitu. Pic Ni cerah sangat...
Terus Hubby & Ninie bawa Khairina ke Klinik Panel (Klinik Ghazali). Setelah beberapa minit menunggu, Ninie pun membawa Khairina masuk bertemu doktor. Hubby just tunggu di luar sahaja. Menceritakan tentang Khairina, Ninie tengok reaksi wajah Doktor pun agak terkejut. Ye... Mata Khairina mera menyala. "Takkan cengkering dalam mata?" Terdengar suara si Doktor. Aduhai, kalau Doc pelik, apatah lagi Ninie kan. Tapi Doc menerangkan sememangnya ada kes yang demam cengkering ni keluar pada mata. Tapi jarang2 berlaku dan jumpa macam kes Khairina. Menurut Doc lagi... Jika hingga Selasa depan, mata Khairina masih tidak menunjukkan sebarang perubahan setelah memakan ubat yang dibekalkan, Doc akan refer ke Doktor Pakar. Aduhai... dengar je Doktor cakap macam tu... berderau darah Mama ni.. Hopefully, anak Mama ni cepatlah sembuhnya...

Selesai urusan hampir 12.15pm... Mama mohon pelepasan dengan majikan untuk terus pulang ke rumah memandangkan memang kompem Khairina ni tak nak makan ubat kalau dengan orang lain. Dengan Mama ni, walaupun dia memberontak, baling apa saja yang ada ditangannya... akhirnya tetep mengalah makan juga ubat tu...hu3... Alhamdulillah... Bos amat memahami... TQVM BOSSSS...

Setibanya dirumah, apalagi, mula operasi suap ubatlah... payah kemain mulanya... mau taknya, sampai 4 jenis ubat Khairina nak kena telan. Membebellah si kecil tu... Ujar Mama, Kalau nak sihat kena makan ubat2 tu semua. Kalau tak Mama bawa jumpa Doktor, biar Doktor cucuk pula. dengar cucuk, barulah nak makan uat walaupun muka muncung tak puas hati....

Sejak 2 menjak ni, Khairina memang cewek (suka menangis) agaknya mianglah tu... tapi Khairina ni taklah menggaru2. Agak pasif sikit. Taknak makan... minum pun dipaksa... apatah lagi makan ubat. Tidur asik nak duk bawah ketiak aja. Sampaikan si Adik cemburu umpama kurang perhatian. Kesian Adik... Tapi kesian lagi kat Mama. Tak boleh gerak sikit, pasti Khairina tejaga. Hek,Hek,Hek le jawabnya. Tidur Mama memang tak lena. Aduhai anak....But... On time e mesti Mama suapkan Kahirina ubat walaupun jam 3pagi, tetap Mama kejutkan.

08/08/2011-Isnin

Alhamdulillah... Mata Khairina bersinar kembali... Khairina kembali ceria... dah mula nak makan... mulutnya pun dah tak sakit lagi... Matanya yang merah dah pulih sepenuhnya. Apa yang buat Mama geram... Pantang leka, Khairina mesti turut sama hilang pergi bermain. Apalagi... menjeritlah Mama dirumah panggil balik. Mau taknya... Cengkeringnya memang dah kering... tapi belum seenuhnya dan masih lagi belum tertanggal...


Nota Mama : Syukur...Anak Mama kembali sihat dan ceria biarpun terpaksa berjaga malamnya...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥