"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 30 September 2012

Ke Kebun Di Pekan, Pahang

17.09.2012 Isnin

HAPPY ANNIVERSARY MY BELOVED HUSBAND! LOVE YOU DEEP, DEEP & DEEP....♥

Hari ni cuti ganti sempena Hari satu Malaysia yang kebetulannya jatuh pada hari Ahad. Jadi secara automatiknya kami sekeluarga masih di Kuantan. Hari ni Abang bangun awal pagi lagi sebab dah berjanji dengan Ayahnya (My MIL) nak ke kebun pagi ni di Pekan, Pahang...

Abang pergi bawa Along sekali. Mama dengan anak² girl 'only stay at home'. Mama sememangnya dah 'standby' dengan bunga zip Mama (buat ready stok). Anak² girl sibuk melayan TV.
Gambar di Kebun yang diambil oleh Along :