"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Kanak² Bila Nampak Api

Aduhai... Kanak² memang penuh dengan sifat ingin tahu dan mencuba apatah lagi kalau perkara yang ingin dicuba itu sememangnya tak perlupun untuk dicuba kerana ianya boleh mengundang bahaya..

Hubby menyapu laman rumah dan membakar sampah yang telah disapu... Kanak² termasuklah anak² Ninie yang tomei nomei yang leka bermain di padang terus berlari bila nampak kepulan asap (padang dekat je dengan rumah). Urm apalagi... cepat je mereka ni dapat idea kutip sampah² @ rumput² di sekitar untuk dicampak @ dilekkan ke dalam api tu... Ditegah lembut, masing² stop kejap. Pastu karang cari lagi. suka sangat tengok api... Lastly, tegur dengan nada yang agak 'keras' barulah stop. Maklumlah anak orang... kang apa² jadi kang payah lak...





Si pemantau kanak² yang penuh dengan sifat ingin mencuba. Ada seorang je yang dengar kata bila ditegah. Siap duduk lagi bersembang tanya itu ini.





Nota Mama comel : Kanak² yang sedang membesar perlukan sepenuh perhatian dari orang dewasa untuk mengelakkan perkara yang tak diingini. Bak kata pepatah : "Malang Tak Berbau"

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥