"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 18 September 2012

Cerita Puasa Anak² Tersayang...♥


18.08.2012 (Sabtu)
Syukur Alhamdulillah... Sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu... Hari ni dah 29 Ramadhan 1433H... Tahniah diucapkan kepada anak² Mama yang tersayang kerana berjaya berpuasa penuh sepanjang 28 hari. Cuma Adik sahaja yang mula berpuasa agak lambat...Tapi berjaya juga dapat 1/2 bulan @ 16hari...

Awal puasa masing² begitu teruja. Hari pertama dikejutkan sahur bangun semuanya walaupun mata asyik nak terpejam... Semangat bukan main lagi nak bersahur. Teringat Mama di hari pertama puasa bagi anak kembar Mama Khalisah dan Khairina. Tahun ini merupakan tahun pertama mereka mula berpuasa.

Gelagat awal Ramadhan :

21.07.2012 (sabtu)

Hari pertama berpuasa... Twin, Mama kejutkan sahur dan suap masa makan. Nak makan juga walaupun sedikit cuma. Tak apalah nak... Janji perut terisi. Lepas makan, baca doa, Mama suruh tidur. Tapi, hari pertama Twin tak nak tidur.. mengadap TV cerita kartun sepanjang hari...

Bila ditanya puasa itu apa? Katanya tak boleh makan dengan minum. Boleh bila hari dah malam dan dah Azan. Pandai ujar Mama. Mungkin belajar di sekolah.... Hari pertama puasa bagi Twin... Khalisah nampak agak segar dari Khairina. Khalisah masih boleh bermain² dengan si Adik. Khairina banyak baring dan siap tidur. Sesekali Khalisah keluar dari bilik air dengan muka basah. Bila ditanya, katanya "Saya mengantuk, tapi tak nak tidur. Sebab tu saya basuh muka. Mana ada saya minum air". Khairina? Asyik melepek/ baring sahaja. Ada masanya dia tidur... Tapi bila bangun tidur, merengek² pula. "Mama, saya nak minum air masak sikit aja." Aduhai... siap mengalirkan air mata. Dipujuk²/ ditepuk², Alhamdulilah.. ditahan juga... Tapi bila jam dah pukul 7.00ptg, kedua²nya mula merayu² siap menangis² lapar... Namun digagahi juga hingga tiba waktunya. Waktu berbuka bukan main gembira bukan kepalang. Mee kari yang Mama buat siap bertambah.

Cerita pula pasal si Adik (Aqilah)...
Bangun tidur memang lambat dari kebiasaannya. Jam 11.00pg.. Amboi anak dara bongsu ni bukan main lagi ye... Siap mandi bagai... "Mama saya lapar.. Saya boleh makan tak? Saya kan tak puasa." Cewah... Pandainya... Kesian pada Aqilah sebab tak bangun sahur... Nasi pun masih ada... Mama bagi makan dengan syarat duduk diam². Kakak²nya pada mulanya nak membentak, tapi dipujuk² dan diterangkan, mereka faham. Tapi bila waktu berbuka, Aqilah makan mengalahkan si Kakaknya yang berpuasa!

Along (Ihsan)
Hari pertama puasa sibuk minta dibelikan air tebu... Tapi hari ni orang memang ramai di gerai² kecil yang menjual kuih muih dan lauk pauk untuk berbuka ni. Gerai yang menjual air tebu pun habis air tebunya... Lain hari ye Along... Hari ni Along jadi pembantu Mama memasak di dapur... Tukang masak gitu... tolong² tumbukkan bawang, tumiskan bawang, kacaukan masakkan...

22.07.2012 (Ahad)

Hari kedua Ramadhan, Mama kejutkan Hubby dan anak²☺ seperti semalam untuk sahur. Adik, dikejut² berulang kali masih juga tak nak bangun sahur. Haih..... kata Adik hari ni nak puasa... Macamana ni.... Anak²...

Mama suapkan Twin makan, dah siap baca doa, Adik turun ke bawah dari bilik Mama di tingkat atas. Terkebil² memandang Mama... Tapi ambil port baring terus. Mama duk pujuk² makan dan minum, Adik tetap tak nak juga. Bila ditanya, "Adik nak puasa tak esok?". "Nak" jawabnya.... Nak puasa macamana kalau perutnya kosong? Haish...Jadinya Adik cuma bertahan hingga jam 12.00tghari sahaja. Oklah tu... dapat juga separuh hari... Sibuk merayu pada Mama Ayah lapar nak makan... Kesian... Bagi ajalah makan... Tapi macam semalam juga... Makan duduk diam².

Itulah Anak²... Adik mula berpuasa bilamana dia meminta bunga api dari Hubby. Hubby kata boleh... Tapi Adik kena puasa la... Bermula itulah Adik mula berpuasa hingga hari ini... Katanya nak main bunga api dan juga nak duit raya. Bila dikejutkan sahur.. cepat aja bangunnya...

Anak² Mama cukup mudah bila bangun sahur. Sekadar minum segelas air milo dan sekeping roti sudah memadai. Along pula sekadar minum secawan air Milo sahaja. Terus tidur semula... Lepas makan, Mama ajar bacakan niat berpuasa dan suruh anak² Mama tidur semula. Sekarang kalau disuruh baca niat puaa, lancar aja sebutannya sebab dah hafal.

Waktu berbuka pula, Kuih kegemaran anak² kecil Mama adalah kuih Cara, donut dan karipap. Si Along pula pulut panggang. Menu tu aja diulang² bila membeli di gerai /bazar Ramadhan. Tak jemu²... Selesai je baca doa buka puasa, air akan dicapai dulu. Nasi akan dimakan terlebih dahulu. Rehat sekejap, mengaji, adakalanya melepak di luar rumah bermain bunga api... dalam pukul 9.30-11.00 malam, ini adalah antara waktu anak² Mama ulang makan semula. Pada masa ni sibuk cari kuih segala bagai... Selalunya makanan/kuih yang dibeli pasti habis. Jarang sekali tak habis.

Waktu berbuka, Adik adalh orang yang mulutnya 'omeh'/ suka cakap/bercerita. Aakalanya sahaja cari pasal dengan Kakak²nya... Aduhai Adik...

Hari ini hai terkhir berpuasa. Semoga anak² Mama berjaya habiskan puasa hari ini. Esok kita nak raya kan? InsyaAllah....

Nota Mama : Seronok bila tengok anak² berbuka lebih² lagi bila ucap pada Mama : "Mama sedapnya... Esok masak macam ni lagi tau".. "Terima kasih Mama".. Aduh... Touching gitu...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥