"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Anak Mama Tak Sihat (Twin Muntah²)


Jumaat 30/09/2011 Khalisah muntah²... langsung tak boleh nak jamah makanan sikit pun. mesti limpah ruah keluar balik semua. tak sampai setengah jam berlari ke toilet memuntahkan segala isi perut. Kesian mama tengok dibuatnya. Tapi Kakak bagus sangat. Tidak langsung merengek bagai. Baring diam² je atas tilam. Disuruh minum ubat, cepat je ikut arahan. Air masak je membasah tekak. itupun sekejap je... muntah limpah ruah balik. Sampai le hari Sabtu... Mama kesian tengok Kakak langsung tak makan. Mama buatkan sup ikan dan suap Kakak makan dengan anak² girl Mama yang lain. Kakak makan juga walaupun cuma dalam 5 suap je. Janji Kakak nak makan.

Petangnya Mama tengok Kakak buang air besar, kata orang kalau demam tapi dah buang air besar, demam cepat baik. Memang Kakak demam tapi suam² kuku je. Badannya tak panas sangat. Mama suapkan ubat juga. Alhamdulillah, petangnya dalam pukul 5.30ptg lepas Mama solat, Mama tengok Kakak turut serta dengan Khairina dan Adik bermain. Kompem sihat! Kalau tidak, baring aja ngadap tv.


01/10/2011 - Sabtu
Dalam pukul 11.00malam, Mama kejutkan Khairina naik atas tidur dalam bilik sebab Khairina tidur depan tv di ruang tamu. Elok je Khairina baring atas tilam, tiba² Khairina bingkas bangun capai lampin. Khairina muntah balik makanan yang Mama suap masa makan malam tadi. Mulanya sikit aja. Tak lama, Khairina muntah lagi. Mama terus capai kain batik berdekatan dan tadah muntah Khairina.

Ya Allah... kenapa pula ni... Mama bawa Khairina ke bilik air cepat². Mujur bilik air sebelah je, dekat... Khairina muntah lagi. Sah, Khairina kena macam Kakak semalam. Muntah². Bermula dari situ, Khairina dah tak boleh lelap walaupun sekejap. Sebabnya, sekejap² Khairina akan bangun ke bilik air, muntah. Mama suapkan ubat dan bagi minum air garam... pun macam Kakak semalam, sekejap je... Khairina muntah ruah semula isi perutnya. Mama sapu minyak angin kat perut, tapak kaki, bwah lutut mana tahu angin. Tapi memang apapun tak mujarab. Tak sampai setengah jam Khairina mesti muntah lagi.

Kesian Mama tengok keadaannya. Ye la, waktu sepatutnya melelapkan mata tapi sakit pula. Kakak dan adik dah pun tidur. Hingga jam 6.00pagi Khairina masih muntah² lagi. Kejap² bangun muntah dan minta air masak untuk diminum. Banyak mana air yang diminum, banyak tu jugalah yang keluar hingga muntahnya warna hijau. Kesian sesangat... mesti perit dibuatnya. Tapi macam Kakak, Khairina diam je tanpa merengek sikit pun. Ada masanya Mama terlelap juga dan terbangun bilamana Khairina bergerak bangun untuk muntah. Ye, malam ni Mama tidur betul² sebelah Khairina. Tapi memang tak lena sebab Khairina sakit macam tu dan dia sendiri tak boleh tidur walaupun beberapa kali Mama tengok cuba nak lelapkan mata. Letih sangat dah rupanya.

Dalam jam 7.00pagi, Khairina bagitau yang dia terberak dalam seluar. Sikit je. Mama tak marah sebab Khairina memang tak sihat. Bukannya sengaja kan Sayang... 8.00pagi, Khairina minta nak mandi. Mungkin rimas agaknya dengan keadaan diri yang asyik muntah. Rasa berlengas je kut. Pagi ni 02/10/2011 - Ahad, Khairina masih muntah² lagi tapi tak sekerap malam tadi. Disuruh makan, Khairina tak mahu. Berbaring mengadap tv aja. Mama suapkan ubat dan bagi minum air garam dari klinik. bila muntah Khairina minum air masak @ air Isotonik 100plus. Kadang² Khairina terlelap sendiri. Alahai kesian sungguh Mama tengokkan.

6.30ptg, Khairina minta makan nasi. Tinggal dia seorang je ngadap tv sedangkan adik beradiknya yang lain dah pun keluar bermain dari jam 5.30ptg tadi lagi. Alhamdulillah, Banyak juga yang dimakannya dan tak muntah lagi. Cuma badannya aja yang suam² kuku. Lepas makan Mama suapkan ubat... Lepas maghrib, Khairina tidur... badannya pun dah kebah. Lena tidurnya. Harap² ok tiada apa². Semoga cepat sihat ye anak² Mama ni...


Nota Mama : Cukup risau bila anak² dan suami jatuh sakit.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥