"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Anak Kecil Main Api

19/04/2011 - Selasa : 6.30 ptg ++
Petang ini setibanya Mama di rumah, kelihatan dari jauh, Along tengah bermain di padang. Anak² girl Mama masih belum ada di rumah... Pintu pun tertutup rapat. Abang baru pergi ambil dari rumah Mak agaknya...

Lebih kurang 15minit, kelihatan kereta Kancil dipandu masuk oleh En. Abang, sampai dah mereka... Turun je dari kereta, Abang terus menuju ke timbunan sampah pokok ceri depan rumah yang telah ditebang pada hari Jumaat yang lalu. Ditebang kerana berhampiran betul dengan rumah. Sampahnya pun banyak bila daun² berguguran, rumah nampak suram je... malam² pula jadi tempat kelawar cari makanan... Akhirnya keputusan untuk menebangnya diambil... Baru lah laman rumah nampak terang...

Berbalik kepada tajuk cerita, bila mana si anak² girl comel Mama ni nampak si Ayah nya tengah nak membakar sampah tersebut, apalagi... dari nak pergi bermain basikal dengan kawan², berpatah balik sebabnya... nak main API, bakar² sampah. ditegah, dilarang memasing buat tak tahu aja... Aduhai anak...


Khalisah yang rajin menyapu

Senyum... Bila sedar Mama ambil gambar

Ha tengok tu... Operasi mencari item² untuk dibakar

Mula dah... Basikal pun ditinggalkannya..

Berkepul² asap pun dibuatnya tak heran... Asyik kemain

"Ayah buat apa tu?" - Adik

"Ha... Kakak... Panas tu"

Releks main basikal kejap

"Adik... Panas tu" - Ayah

Apa yang si Adik fikirkan agaknya. Dapat idea baru ke?

Amboi Dik... Panjangnya kayu nak dibakar tu...

Si Adik yang tak makan saman

"Mama, tengok ni... Api"

Khairina... Apa yang di telek² tu?
Lastly... Timbunan sampah tu tak terbakar habis juga pun... Daun² dan batangnya masih belum kering bebetul... macamanalah nak terbakar... Ha... maknanya... ada can lagilah anak² girl Mama ni ye...


Nota Mama Comel : Menjerit² jugalah Mama sambil 'control' si comel² ni main api...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥