"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 18 September 2012

Aduhai Anak... (Perihal Gula² Getah)

09.06.2012 - Sabtu
Di Kuantan

Anak²... Kan Mama dah cakap, tak payah nak makan gula² getah. Gula² getah tu untuk orang besar je. Budak kecil tak boleh sebab tak pandai makan lagi.... Nak makan juga... Mama dah pesan, kalau dah makan jangan ditelan, buang dalam tong sampah. Kalau Mama jumpa merata² siaplah!...

Namanya pun si kecil... Makin dilarang,makin dibuat... Hubby belikan gula² untuk anak². Tapi tak perasan yang gula² si Qistina lain dari yang lain. Isinya gula² getah! Nak naik angin Mama dibuatnya... Belum pun 24jam gula² dibuka... Lepas mandi petangnya... Adik tunjuk rambut dia. Nampak macam gambar kat bawah ni... Mama malas masuk campur sebab rasa nak naik angin dah... Hubby suruh Along ambilkan gunting. Bila dah kena rambut macam tu, mana nak boleh buangnya. Nak buang juga dengan cara gunting ajalah rambut tu...

Lepas siap gunting rambut Adik, Si Kakak pula tunjuk kepalanya, diselak, pun ada gula² getah... Khairina pula melekat pada baju dan seluar yang tengah dipakai. Pergh... rasa angin betul. Bila ditanya buang kat mana tadi? Jawabnya dalam tong sampah... Aduhai... Kalau dalam tong sampah, macamana boleh dapat sorang satu macam tu?...

Panasnya hati... Ambil gula² getah Adik, keluarkan letak dalam tisu buang dalam tong sampah. Adik mengikut tengok dengan renungan yang tak puas hati dengan tindakan Mama tapi mulut tak keluar sepatah apapun. Hanya mencebik. Hakikatnya, Mama ambil 2 helai tisu, 1 isi dengan gula² getah, 1 lagi Mama renyukkan dan buang dalam tong sampah. Tisu yang ada gula² getah tu Mama hulurkan pada Maksu. "Nak makan lagi?" Soal Mama. "Tak nak dah" jawab mereka... Ye la tu...

Ni la rupanya rambut yang dah dipotong oleh Hubby. Segumpal tu rambut si Adik dan yang panjang tu rambut si Kakak. Aduhai anak...


*******************SEDIKIT INFO*********************

cara hilangkan gula-gula getah dari pakaian
Dengan menggunakan peti sejuk. mengapa? kerana peti sejuk beku mampu mengeraskan gula² getah.Dengan hanya meletakkan pakaian yang terkena gula-gula getah dalam peti sejuk beku semalaman, kesan gula-gula getah lebih mudah untuk dikikis hingga hilang.

tak percaya...........???? Cubalah (Ninie pun baru nak cuba. Wink3)

*********************************************

Gula-gula getah
Masyarakat Maya di Selatan Mexico merupakan masyarakat pertama yang menjumpai gula-gula getah. Salah seorang pahlawan mereka iaitu Kukulkan yang dianggap sebagai utusan tuhan sangat suka mengunyah gula-gula getah ini. Masyarakat Maya memanggil gula-gula getah ini chicle.

Gula-gula getah diperolehi daripada pokok liar sapodilla. Mereka menoreh dahan pokok itu dan menadah cecair getah yang keluar dari pokok itu. Apabila getah pokok itu membeku, ia akan mula liat dan kenyal.

Hobi mengunyah gula-gula getah ini mula merebak ke semua pelosok Amerika. Apabila Spaniards menawan kerajaan Aztex pada tahun 1518, mereka mendapati masyarakat di situ mengunyah getah.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan gula-gula getah di pasaran ialah dua warganegara Amerika iaitu Thomas Adams Jr. dan William Wrigley Jr.. Dua orang ini telah memproses gula-gula getah secara bsar-besaran dan menjualkannya di pasaran pada tahun 1870. Jenama gula-gula getah keluaran mereka ialah Wrigley Chewing Gum.

Sejak itu, gula-gula getah mendapat perhatian seluruh dunia. Pelbagai perisa dan bentuk gula-gula getah terdapat di pasaran. Gula-gula getah juga bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa iaitu golongan remaja.

Sumber : Wikipedia

***************************************************

Kebaikan mengunyah gula² getah
Gula² getah untuk menurunkan berat badan. Amalkanlah mengunyah gula² getah di antara waktu makan.

Selain untuk menjaga mulut (oral). mengunyah gula² getah selama 15 minit sebelum makan dapat mengurangkan selera makan

Tapi memang tak disangka bahawa gula² getah, atau mengunyah gula-gula getah, memang mampu membantu menurunkan berat badan. Bagaimana? Jika anda masih terasa ingin menguyah setelah mengambil makanan berat, kunyahlah gula² getah kerana ianya mampu membantu dalam mengurangkan rasa hendak mengunyah.

Gula-gula getah sugar free lebih bagus kerana kandungan kalori lebih kurang 5 sahaja setiap keping berbanding gula-gula getah biasa yang kadarnya 10 kalori. Perbuatan mengunyah gula² getah juga membantu menghilangkan sedikit kalori.

Selain daripada tu, ada beberapa lagi kebaikan gula² getah ini. Antaranya:-

Menurunkan jumlah kalori harian - dengan mengurangkan perasaan ingin makan makanan yang manis. Daripada mengambil snek yang tinggi kalori lebih baik ambil sekeping gula² getah.

Menurunkan selera makan - menghilangkan rasa hendak makan selepas setiap waktu makan dengan mengunyah gula² getah

Membaiki mood - memeberikan rasa selesa, tenang.

Menghilangkan anxiety dan stress - selain drpd meningkatkan fokus, gum juga membantu menghilangkan stress. Aksi mengunyah membantu menghilangkan nervous energy.

Ada kajian yang cuba mengkaji kaitangula² getah dan penurunan berat badan tetapi sebenarnya gula² getah tidak menghilangkan selera badan. Cuma gula² getah adalah lebih baik daripada sebungkus 'Twisties' atau snek ringan yang lain kalau anda ingin turunkan berat badan.

************************************************
Health benefits of gum chewing
New research is indicating that chewing gum offers the surprising health benefits. However, there are no standard benefits on everyone. Each person is a unique, individual and will have different responses to chewing gum.

The results of scientific research indicate chewing gum may be good for a number of things that include: improve memory, stress reduction, increase focus, alertness and concentration, manage weight, improve oral health and etc.

Chewing gum improves memory

Psychologists say, the chewing gum can help in improving memory and enhance cognitive powers. They found that people who chewed throughout tests produced significantly better scores than people who did not. There are a number of potential explanations for that.

The act of continuous chewing or moving of our jaw actually improves our memory. The activity in the area of our brain that is important for memory (the hippocampus) increases while people chew. Some research shows that insulin receptors in the hippocampus may be involved in memory. Chewing gum increases the glucose level which is body-and-mind fuel.

Chewing gum increases blood flow to the brain. Increased heart rate improves oxygen delivery to the brain which can enhance our cognitive powers. Some studies have reported that blood flow to the brain increases by as much as 25 percent to 40 percent during gum chewing. Also the act of chewing speeds up our heartbeat and blood pressure just enough to wake up both left-and right hemispheres to work together.

Chewing gum produces more oxygen, more glucose and disposal of more CO2. This is way chewing gum improves memory.

Chewing gum reduces symptoms of stress

Some teachers encourage students to chew gum during tests to help increase alertness and concentration. Psychiatrists and psychologists believe that chewing gum reduce tension and help to release nervous energy. Chewing gum may provide an outlet for frustration and irritation.

Recent research has shown that the rhythmic motion of chewing gum has a stress-reducing effect because relaxed and satisfied feelings.

Chewing gum helping to manage weight

With low calorie count (5 to 10 per serving), chewing gum is an inexpensive snack. According to some studies the adults who chewed the gum ate 36 calories less of the snack than adults who did not chew gum. Both regular and sugar free chewing gum helped the adults to eat less.

The physical act of gum chewing may help to reduce your cravings for high calorie snacks. According to a group of scientists chewing gum can burn about 11 calories per hour.

Chewing gum improves digestion

Chewing gum helps to improve intestinal motility, also helps to increase saliva flow which promotes more frequent swallowing. This helps to prevent reflux of acid from the stomach back into the throat.

Chewing gum improves oral health

The results of scientific research demonstrate that chewing gum is good for oral health and teeth specifically. Chewing gum increases saliva, which is the most important component of oral health and powerful protector of the oral cavity.

Stimulated saliva corrects a potentially harmful environment using its high concentration of buffers, minerals and antibacterial components. That helps to flush sugars, food debris and decay-causing acids out of the mouth.

Sugar free chewing gum has a number of dental benefits. Sugar free chewing gum doesn't cause tooth decay. It demineralises tooth enamel and has an antimicrobial effect. Those who chewed sugar free gum after eating had fewer cavities than those who did not.

Chewing gum freshens breath, whitens teeth by reducing stains and preventing stains from accumulating and reduces plaque.

Others benefits of chewing gum

Some people become more attentive and feel more alert when they chew gum. Chewing can take away sleepiness. Chewing gum that is sweetened with xylito doesn’t raise blood sugar. Also chewing gum has good taste.

As remind there is no standard effect on everyone. Therefore it is difficult to make a general rule that applies to everyone.

Sumber : Chewing Gum Fact.Com

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥