"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 18 September 2012

03 Syawal 1433H : Menziarahi Kubur Di Pekan, Pahang

Awal² pagi lagi Mak Tok dah menyuruh cucu² siap² mandi sebab rancangan untuk hari ini nak ke Kg. Ganchong, Pekan, Pahang. Selain berhari raya di Rumah Tok Cik, juga nak menziarahi kubur arwah Tok Ki di situ.

Setibanya di sana, ramai dah saudara mara yang lain sampai terlebih dahulu. Kereta dah memenuhi halaman rumah. Selepas bersalam²an dan duduk² sebentar, Hubby ajak bersiar² sebentar melihat² sungai Pahang yang terbentang luas di hadapan rumah... Wah macam seronok je...

Lepas meninjau² sungai, kami berjalan kaki ke Masjid yang mana kubur hanya terletak bersebelahannya sahaja... Saudara mara lain tiba tak lama kemudian yang mana semuanya menaiki kereta.





Nota Mama : Kesian tengok anak² yang kepanasan & monyok sebab terpaksa menunggu lama. Ala bukannya selalu kan...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥